Friday, May 17, 2013

Tawau Trip!

Assalamualaikum semua~! 

Pergggghhh~~ lama siot tak mem-blog-kan diri~ ahahaha~ XD line tenet slow nak mampus, nak buat macam mana gak kan~ *sighhh~~* 

 Sambil2 aku tengah taip ni, aku tengah dengar album lagu Daft Punk. layan gak dorang nih.   Musik yang unik. :3

Okey lah, tujuan aku nak mem-blog-kan diri ni, bukan apa. Aku sekarang kat Tawau, first time datang sini weh! (walaupun aku orang Sabah. pfft. =.=")

Datang g Tawau ni, bukan nak makan angin. Aku ada misi. Membawa 3 mata penuh untuk pasukan bolasepak UNIMAS. (aku tak datang sorang2 okey? waa bukan kaya)

Liga IPT Borneo tengah running sekarang, kiteorang dah menang satu match, lawan Poli Mukah. Menang 4-2. Tapi aku tak main dalam match tu. Jadik fisio adelah~ *sighhh~~*. Tapi aku tetap hepi, sebab dapat tolong teammate, even bukan dari segi menjadi salah seorang pemain. hehehe~

Yang kiteorang g Tawau ni, kiteorang lawan Kolej Komuniti Sabah. hmm. Tak tau lagi lineup dorang. Tapi takpa, bak kata lagu Kau Boleh(eh betul ke tu?) kita mesti fikir kita boleh lakukan benda tu. Sama gak kalau match bola ni. Kalau kita yang kita boleh menang match tu, In Syaa Allah kita boleh menang~ (aminnn)

Masa post ni di taip, kiteorang dah sehari kat Tawau. Petang nanti, g Kompleks Sukan Tawau, nak biasakan diri kat sana untuk match Ahad ni.

Okeylah,chow luu. Doakan kami, pasukan bolasepak UNIMAS berjaya membawa 3 mata penuh,okey? 

Cheers! :D

No comments:

Post a Comment