Friday, May 17, 2013

Tawau Trip!

Assalamualaikum semua~! 

Pergggghhh~~ lama siot tak mem-blog-kan diri~ ahahaha~ XD line tenet slow nak mampus, nak buat macam mana gak kan~ *sighhh~~* 

 Sambil2 aku tengah taip ni, aku tengah dengar album lagu Daft Punk. layan gak dorang nih.   Musik yang unik. :3

Okey lah, tujuan aku nak mem-blog-kan diri ni, bukan apa. Aku sekarang kat Tawau, first time datang sini weh! (walaupun aku orang Sabah. pfft. =.=")

Datang g Tawau ni, bukan nak makan angin. Aku ada misi. Membawa 3 mata penuh untuk pasukan bolasepak UNIMAS. (aku tak datang sorang2 okey? waa bukan kaya)

Liga IPT Borneo tengah running sekarang, kiteorang dah menang satu match, lawan Poli Mukah. Menang 4-2. Tapi aku tak main dalam match tu. Jadik fisio adelah~ *sighhh~~*. Tapi aku tetap hepi, sebab dapat tolong teammate, even bukan dari segi menjadi salah seorang pemain. hehehe~

Yang kiteorang g Tawau ni, kiteorang lawan Kolej Komuniti Sabah. hmm. Tak tau lagi lineup dorang. Tapi takpa, bak kata lagu Kau Boleh(eh betul ke tu?) kita mesti fikir kita boleh lakukan benda tu. Sama gak kalau match bola ni. Kalau kita yang kita boleh menang match tu, In Syaa Allah kita boleh menang~ (aminnn)

Masa post ni di taip, kiteorang dah sehari kat Tawau. Petang nanti, g Kompleks Sukan Tawau, nak biasakan diri kat sana untuk match Ahad ni.

Okeylah,chow luu. Doakan kami, pasukan bolasepak UNIMAS berjaya membawa 3 mata penuh,okey? 

Cheers! :D

Sunday, January 20, 2013

Cuti Semester

Assalamualaikum semua!

Apa kabar? sehat?

mesti rakan-rakan semua sedang bercuti,bukan? Nasihat saya, cari lah aktiviti yang berfaedah. Jangan dok asyik tgk tv, drama, ONLINE dan sebagainya, okay? Enjoy the holiday!

Sejak sibuk ngan exam nih, blog dah berhabuk, tak di service. hahaha~
But now I have the time, I can blog all I want! muehehehe~ XD

Nak share sikit la, masa-masa cuti ni, jagalah kesihatan dan kesempurnaan diri kita. ye lah, malang tak berbau kan? :)

Okay lah. Cukup sekadar di sini. Insyaallah akan di sambung di post yang akan datang!

Peace! XD

Sunday, December 30, 2012

:)

Assalamualaikum~!
Sepatutnya, masa minggu ulangkaji ni, aku buat ulangkaji. tapi here I am. Stranded inside this blog world. hahaha! =D
Semalam, 29 Disember 2012, aku ikut selection untuk jadik wakil UNIMAS bagi Liga IPT Zon Sarawak. Belum tau result lagi, ada lagi final selection nanti, Bulan 2, 19 haribulan.

Wish me luck,okay~?

Peace! 
-mini- 

Thinking. . .

Hello!

Hmm. . . . macam boring plak tengok blog aku nie kosong macam lagu Najwa Latif tu. . .  hahaha! =D
Emmm, Insyaallah nanti aku akan hias-hias blog aku jadi lagi cantik~ :)

Peace!
-mini-

Hola!

Hi!

Wah! tak pernah terbayang aku untuk membuat sebuah blog. hahaha =D.

sebelum ni, memang tak ada niat pun mahu mem-blog-kan diri. 

But, here I am, still new in this blogging world. :)

Help me,will ya? :)

Peace!

-mini-